26.7.12

aktiviti paling fofular bulan ini
TIDO

asal masuk waktu lunch mula la masing2 carik port
pastu yg lagi best ada lak yang siap boleh berdengkur tu

lagi yang terbest siap kawan seblah aku ni cakap "alamak air liur basi keluar"
pastu ketawa sorang2 hahaha
bengong itu budak
muka macho, rockers, tapi tido keluar air liur basi
ceit!

aku kalau tengahari layan tengok movie je la
cergas download pasal nak isi masa tengahari
dah try tido tapi tak boleh nak tido
tapi mata mengantuk gak sebenarnya
kalau aku ngantuk sangat pun aku take 1 minit pejam mata kejap
pastu celik balik

happy ramadhan semua

kepada yang tak puasa tu takyah la nak heboh2 nak makan apa tengahari ni
jeles aku

4.5.12

boleh tak kalau tak sibuk sibuk nak jaga tepi kain orang lain?
tak kacau dan tak menjejaskan dan tak kene mengena dengan kau pun
yang sibuk nak sibuk sibuk hal aku tu kenapa?

(bahasa jerman ztztzxxxdfrd@#!!)

aku tak kacau kau pun kan selama ni
kan
aman je kan
tak yah nak sibuk sibuk la

buat la hal sendiri hokkey!

siap ugut tak tahan tu

kita tengok sampai takat mana
aku standby dah

2.5.12

bulan baru
semangat baru

ye ke?

macam tak ada benda menarik yang nak diceritakan

semuanya nampak suram

ram ram suuuu ri ram ram ram

29.4.12

huiyo
hari ni aku baca blog semua cerita pasal bersih
dahsyat oooo

tak terfikir dek akal

pandai2 la sendirian berhad value

26.4.12

hari ni penat
subang - kl - bellamy - subang

mengantuk suda

25.4.12

3pm
sekarang mood aku dah ok sket
lepas kena sambal sotong

haih

*****

10am
hari ni terasa bosan sangat
rasa down

24.4.12

kenyanggg
pagi pagi lagi aku dah belasah nasi dagang lauk gulai ayam
terbaeik

sekarang aku pening
rasa nak tidooo je

hahah

23.4.12

lambat pulak rasa masa berlalu ni
dari tadi asyik pukul 11 je

22.4.12

hari ahad
biasa la
nama pun hari cuti

duduk rumah saja

hari untuk merendah diri sehabis habisnya

(merendah diri: baring baring manja daa)

20.4.12

2pm
hujannnn dah turun
teringat tilam, bantal, bolster kat rumah

*****

10am
peh
penat sket perjalanan hari ni

puchong - subang - bkt jelutong - subang balik

dah macam mat despatch aku rasa

prenggg prenggg

19.4.12

9pm
Syukurrr alhamdulillah
dah selamat sambal udang, telur ikan goreng dengan sayur campur dengan kuah oyster dalam perut

mata dah sayup sayup

rasa macam kat tepi pantai

*****

4pm
ngap ngap ngap
krukk krap krukkk krappp

dah nak habis jajan sebungkus

memang sedap makan jajan tengah tengah boring ni
nak pulak cuaca kat luar pun sepoi sepoi hujan

adeh...terkena ulser kat lidah

*****

1pm
dapat makan aiskrim vanila
senang hati dah

mudah mudahan ulser kat lidah aku ni baik lah

*****

11am
aku masih tak sempat lagi nak meneguk air

nak kena buat itu ini

tolonggg

terpandang iklan #maxis iphone 4s kat seblah ni pulak lepas update status pukul 11 ni
asyikkkk

tanya sama poket, poket kata no no no

ah sedihh

*****

10am
i need waterrr

satu apa cecair pun tak masuk badan aku lagi pagi ni

*****

9am
ada orang tegur aku kenapa ikat rambut

hahahaha

semenjak dalam minggu ni orang dah start mula panggil aku antonio banderas

perhhhhh

18.4.12

#LBMA = lurus bendol macam aku

aku ni dalam kategori lurus bendol
memang kacang kalau tipu aku ni
memang aku akan percaya

tapi tu dulu
sekarang aku dah kenal dunia sikit sikit

nak try?
kebosanan melanda
apa aku nak buat nih??

nak taip ni pun aku dah tak semangat

tolong kasi aku semangat
walau apa pun yang berlaku
walau kena hambur
walau kene caci

aku tetap senyummmmm

peace yo!

kalau ikutkan hati memang nak letopkan jer
dah mengantuk ni
tak boleh lagi dah aku nak menatap lecture pad ni
tak boleh tahan

jom tiddooo

17.4.12

tak sabar aku nak menunggu pukul 530
cepat la jam
uncle mydin tu dah panggil aku tu

erghh
arghhhhhhh
kepala aku pening pulak dah petang petang gini
ni semua gara gara lauk kambing tengahari tadi ni

aku tobat...tobattt